Friday, September 01, 2006
Merdeka, 49th Celebration

Today, this nation has a population of more than 26.64 million. The outstanding characteristic of Malaysia’s population today is its highly variegated ethnic mix that makes it one of the prime examples of an ideal multi-racial society in the whole world. Consisting of the Malays, Chinese, Indians and other indigenous groups, with its multiethnic composition of the population, Malaysia’s culture and religious practices remain diverse. Even though different cultures and religions exist, except for the ugly dent in the form of a multiracial conflict in 1969, Malaysians have all put up with each other and developed a very tolerant society. Today, everybody appreciates and shares each other’s differences and similarities.

            At this point, it is perhaps appropriate to reflect, yet again every time August is here, the moment when almarhun Tunku, after coming back from the London agreement in February 1956, decided not to use the formal words “if possible” when he proclaimed independence in Melaka. Instead he opted to say “If God permits”. The following day (February 21, 1956), The Straits Times newspaper frontpaged this: “M-Day 1957 August 31 ‘If God pemits” and “’If possible’ clause not mentioned’.

 

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!





Friday, July 14, 2006
Peranan & Tanggungjawab Universiti

 

Mentakrif Universiti

Tidaklah sesukar itu untuk mentakrif universiti. Universiti wujud sejak berkurun-kurun lampau, yang terawal ialah Al-Azhar (970 SM). Ini kemudiannya diikuti lebih lewat kemudiannya oleh penubuhan universiti-universiti yang ternama seperti Bologna, Paris, Oxford dan Cambridge. Secara umum, sebuah universiti seharusnya mengandungi:

 

1.       Para pentadbir universiti serta Lembaga Pengarah; atau majlis universiti; dan sebagainya yang berkaitan.

2.       Istiadat Konvokesyen;

3.       Para profesor, dan staf akademik sepenuh masa serta staf lain yang berkhidmat sebagaimana dibenarkan oleh perundangan

4.       Graduan dan mahasiswa yang dijelaskan secara terang oleh perundangan

 

Universiti selalunya ditakrif menurut fungsi serta idealismenya. Sukar untuk menentukan takrifan mana yang tepat dan mesti diterima. Bagaimanapun, secara umum, dan sering berlaku, universiti ditakrifkan melalui peranan atau fungsi mereka (yang ditentukan dan dibataskan oleh perundangan tertentu). Paling asas, secara idealnya, peranan universiti dikatakan sebagai meliputi 3 fungsi utama, iaitu:

 

i.        Mengajar

Sebuah universiti menghebahkan dan memperakui sesuatu pengetahuan sebagai "kebenaran" atau "fakta". Ini melibatkan pengajaran disiplin akademik tahap tinggi, dan seterusnya melibatkan penyebaran maklumat dan pengetahuan. Selain itu, universiti juga membudayakan kemahiran generik yang membawa kepada pengajaran berasaskan penyelidikan

                    

ii.      Menyelidik

      Dalam atmosfera sebuah universiti, fungsinya secara awal meliputi penyiasatan dan perenungan – tanpa batasan – terhadap apa yang dianggap sebagai "fakta" atau "kebenaran". Oleh yang demikian, amalan menyelidik dilihat bersampingan dengan fungsi-fungsi mengajar dan menyelidik. Ini yang membezakan antara "universiti" dengan institusi pendidikan yang lain. Di sini, peranan universiti sebahagiannya adalah untuk membudayakan kegiatan merenung, memikir, mengkaji dan membuat perakuan berkenaan pelbagai fenomena dalam pembelajaran dan pengajian.

 

iii.    Menawar Khidmat kepada Masyarakat

Kegiatan-kegiatan mengajar dan menyelidik sebenarnya bertujuan untuk memberi sumbangan kepada komuniti universiti dan juga membantu masyarakat umum mencapai cita-cita dan matlamat mereka. Dalam hal ini, universiti menjadi tempat rujukan untuk percambahan idea-idea baru serta memperkembang dan menghalusi idea-idea sedia ada. Universiti jadi gedung ilmu yang digunakan oleh masyarakat.

 

Peranan-peranan yang lain, bagi universiti, termasuklah antara lain:

 

i.         Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan pada standard universiti untuk kemanfaatan mahasiswa yang layak untuk mendaftar dan menggunakan kemudahan berkenaan

ii.       Mentadbir kursus-kursus pengajian

iii.      Mentadbir pengajaran dan peperiksaan

iv.     Menyuburkan kesarjanaan dan menghebahkan maklumat-maklumat "fakta"

v.       Menganugerahkan ijazah-ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah serta diploma dan sijil-sijil lain

 

Idealisme Universiti

Pada penghujung abad ke 20, beberapa fenomena penting berlaku di dunia. Namun, dua fenomena besar dipercayai mengubah lanskap kehidupan manusia seluruhnya, iaitu: (1) peledakan maklumat dalam kehidupan manusia; dan (2) konflik ideologi / budaya / agama antara kuasa-kuasa besar dunia. Implikasi daripada fenomena ini, berlaku perubahan dan anjakan besar-besaran seluruh dunia, yang pada hari ini dikenal sebagai "globalisasi". Dalam konteks pendidikan tinggi, banyak universiti di mana-mana rantau sekalipun mula memberikan keutamaan kepada pemakaian paradigme universiti yang tunggal dalam operasi masing-masing. Banyak universiti diharapkan untuk beroperasi seperti badan perniagaan di pasaran, yang berfungsi untuk menghasilkan kepakaran teknikal dalam pelbagai disiplin pengetahuan kepada para graduan dan orang lain yang dianggap sebagai pelanggan.

 

Selain daripada itu, abad ke 20 dan 21 dicorakkan dengan peralihan secara terang-terangan dari segi mode ekonomi. Penekanan mula berubah daripada beberapa tahap:

1.       Dari tahap ekonomi berasaskan buruh kepada modal (labor intensive – capital intensive)

2.       Dari tahap berasaskan modal kepada pasaran (capital intensive – market based)

3.       Dari market based kepada knowledge based.

 

Dengan itu, universiti – secara sukarela atau terpaksa – didorong dan terdorong untuk memikirkan pemilihan paradigme operasi yang konsisten sebagai pilihan untuk survival dan reputasi masing-masing. Meskipun banyak universiti awal zaman lampau ditubuhkan lebih atas faktor-faktor tuntutan agama, namun kemudiannya, tidak kurang bilangannya universiti tersebut yang kemudiannya beroperasi sebagai 'syarikat-syarikat komersil'. Sebagai contoh, Harvard, universiti tertua di Amerika Syarikat dilaporkan memiliki kekayaan melebihi 6 bilion USD. Di sesetengah negara Asia – misalnya Jepun, Korea, Taiwan – ada kecenderungan atau trend yang menunjukkan bahawa universiti swsta kian menumbuh dan di sebahagian negara tersebut, ada universiti yang disenaraikan dalam pasaran saham. Selain daripada itu, banyak universiti baru dibangunkan terutamanya di United Kingdom, Australia, Amerika Utara, Eropah Tengah dan Timur.  Bagaimanapun, di Eropah Barat, perkembangan sebegini tidak begitu dikesan. Semua perkembangan ini menunjukkan ada tanda-tanda bahawa proses perubahan organisasi dalam pendidikan tinggi sedang berlaku secara global. Di negara ini sendiri, trend serupa itu sudah jelas dan terbukti: misalnya, penubuhan universiti berasaskan keperluan industri yang terang-terang ditunjukkan melalui nama universiti seperti UNITEN, Universiti Teknologi PETRONAS, Universiti Industri Selangor, Universiti Multi Media dan beberapa yang lain. Sehingga Februari 2003, Malaysia mempunyai 9 buah universiti swasta, 15 buah universiti awam, dan 685 buah kolej.

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­

Dalam sejarah peradaban manusia, masyarakat akan sentiasa dapat melihat pendidikan berkembang seiring dengan ketamadunan manusia. Sebagai contoh, sewaktu zaman di mana kegiatan masyarakat adalah berasaskan pertanian, pendidikan lebih mengarah kepada pengembangan dan pembangunan yang bertujuan untuk memajukan teknologi dan kepakaran berdasarkan keperluan pada masa itu. Revolusi Hijau misalnya merupakan contoh apabila bidang pertanian dimajukan khasnya melalui kaedah penanaman tanpa mengikut jadual secara rigid. Penanaman boleh dilakukan secara berulang kali. Bilangan stok makanan ditambah untuk menampung keperluan yang meningkat. Apabila berlaku Revolusi Industri, bidang pekerjaan masyarakat dimajukan melalui pengenalan kepada pengautomasian. Banyak pekerjaan dikendalikan oleh mesin, sekaligus menjimatkan masa dan tenaga kerja secara manual. Pengenalan kepada komputer kemudiannya memberi lebih banyak kemudahan dan kelebihan kepada masyarakat. Produktiviti meningkat seiring dengan kualiti.

 

Apabila era peledakan maklumat tiba, seawal tahun 1990an, lebih banyak aspek dalam kehidupan manusia – boleh dikatakan semua aspek – terlibat secara langsung. Urusan perbankan, pendidikan, pekerjaan, rumahtangga, keselamatan umpamanya semuanya ditadbir melalui penggunaan Teknologi Maklumat. Dalam hal ini, universiti perlu melaksanakan peranannya sebagai "frontier of knowledge".  Antara lain, universiti mengembangkan peranannya sebagai:

 

1.       Tempat melahirkan graduan yang berkemahiran dan berketrampilan untuk menampung keperluan industri

2.       Tempat untuk menyuburkan percambahan ilmu di kalangan warga dalaman dan luaran

3.       Tempat untuk melatih mahasiswa memikirkan secara analitikal dan kritis, akan isu-isu yang melibatkan masa hadapan negara dan masa hadapan mereka sendiri melalui kuliah-kuliah yang dikendalikan secara berkualiti serta latihan-latihan praktikal

4.       Rakan kerjasama dengan pihak industri dalam usaha untuk menjalin hubungan yang berkualiti secara bijaksana untuk memantapkan pasaran, sekaligus memberi peluang kepada tenaga kerja untuk mencari pekerjaan tanpa kesukaran.

 

Dalam hal ini, minat serta keutamaan universiti harus berjalan seiring dengan fungsi ideal sebuah universiti. Memberi keutamaan hanya kepada fungsi universiti, tanpa memberatkan soal minat dan kepentingan universiti menurut keperluan semasa, akan menyebabkan wujud ketidakimbangan dari segi faktor pemintaan dan penawaran di pasaran. Pilihan terbaik masa kini adalah dengan berusaha untuk mengutamakan minat, kepentingan serta keperluan semasa dengan fungsi ideal universiti. Prinsip-prinsip asas dan tradisi universiti – yang berpaksi kepada mengajar, menyelidik dan memberi khidmat komuniti – perlu disokong dengan strategi bijak universiti terutamanya dalam mendapat faedah terbaik hasil daripada kerjasama erat dan bermakna terutamanya dengan pihak industri.

 

Banyak cara yang diamalkan oleh universiti – seperti UiTM – terbukti memberi hasil terbaik bukan sahaja kepada para graduan, malah kepada negara amnya. Sebagai contoh, sambil UiTM memberi pengetahuan kepada para pelajar dalam bidang disiplin tertentu, universiti ini juga memberi kemahiran berbahasa Inggeris secara berkesan kepada mereka. Banyak individu yang berjaya pada hari ini merupakan alumni UiTM dan mereka berjaya dalam banyak bidang, misalnya perniagaan, perbankan, perkapalan, persuratkhabaran, guaman, perakaunan, sama ada di sektor korporat mahupun di sektor awam. Selain itu, universiti juga menerapkan kemahiran dan ilmu tertentu kepada graduan sebagai persiapan untuk menjadikan mereka bukan sahaja sebagai "insan yang berguna" malah menjadi "warganegara yang baik". Ini dilakukan misalnya melalui langkah UiTM mewajibkan penglibatan dalam pasukan beruniform seperti KESATRIA dan keusahawanan.

 

Apa yang jelas, meskipun UiTM menunjukkan kecenderungan yang jelas melalui oeprasinya – iaitu "untuk melahirkan Bumiputera profesional dan separa profesional" – namun fungsi asas dan ideal universiti ini – khasnya dalam hal menyediakan dan menyebarkan pengetahuan, kepakaran dan maklumat terkini serta menyelidik dan memberi khidmat komuniti – tetap diseimbangkan dan sekaligus menjadikan universiti ini mempunyai wibawa dan reputasi yang membanggakan sepanjang masa. Sebagai bukti, pada hari ini, kegiatan penyelidikan universiti ini bertambah menjadi berkali-kali ganda, universiti ini diktiraf oleh banyak badan dari luar negara, dan kerap memenangi pelbagai pertandingan kemahiran dan macam-macam lagi. Bagaimanapun, sentimen umum juga bimbang sekiranya ada universiti yang tidak berupaya untuk mengimbangi kedua-dua antara kepentingan atau minat universiti dengan fungsi sebenar universiti.

 

Sebagai contoh, mungkin akan berlaku – atau mungkin juga sudahpun berlaku – ada universiti yang tersimpang atau tersasar daripada matlamat mereka apabila mereka terlalu memikirkan soal menjana keuntungan wang ringgit dengan menggunakan nama universiti tanpa mengutamakan tujuan sebenar universiti tersebut diwujudkan. Dalam hal ini, ada kecenderungan di kalangan universiti untuk berlumba-lumba 'memasarkan' produk masing-masing, iaitu program-program pengajian pada tahap tertentu tanpa memikirkan sama ada mereka berkeupayaan untuk mentadbir program-program berkenaan selayaknya.

 

Akhirnya, jika keadaan ini benar berlaku, bukan hanya pelajar-pelajar sahaja yang menajdi mangsa, malah, lebih memburukkan nama baik universiti berkenaan sendiri tentunya tercemar kerana mereka dilihat "rakus" dan "tidak bijak" kerana tersalah membuat pilihan dan keutamaan.





Tuesday, March 21, 2006
Rasional

Agak sukar untuk menepis kenyataan bahawa pada hari ini kemuliaan dan penghormatan mempunyai nilai yang sangat berbeza berbanding sebelum kadar pembandaran melonjak hebat sejak kira-kira 20 tahun lampau. Penekanan kepada asertif diri yang dimuliakan oleh falsafah pembangunan personaliti Barat dengan semudah itu meresap dan mengukuh di dalam sistem nilai masyarakat. Membanggakan diri dengan pencapaian diri dan keluarga, menonjol-nonjolkan kelebihan dan nasib baik yang dipinjamkan Allah swt buat sementara selama hayat dikandung badan, sudah membudaya kukuh di dalam kebanyakan unit sosial.

Nilai-nilai yang hak - yang diteraskan atas ihsan khususnya - dipermain-mainkan atas pelbagai ungkapan seperti kerja keras, hasad dengki dan iri hati. Rasionaliti semakin menghakis semuanya atas nama kejayaan dan pencapaian yang sememangnya ditunjangkan atas falsafah riak Barat yang tidak pernah pun mengambil tahu soal-soal kemanusiaan dan kejiwaan murni manusia. Persepsi yang dibentuk atas pandangan lahir semata-mata dan didesak serta disongsangkan oleh kepercayaan diri sendiri yang tidak holistik semakin memburukkan keadaan, sekaligus menambah sia-sia usia yang tidak selama mana tinggalnya. Jika inilah keutamaannya, akan tertutupkah hati selama-lamanya hingga ke penghujung?

UiTM 21 Mac 2006.


The Niche of Lights

Menyudahkan pengamatan The Niche of Lights karangan Al-Ghazali. Ada beberapa unsur simbolisme dan bahasa yang menghubungkan secara rahsia antara pemahaman manusia biasa dengan Pencipta. Ketiadaan dan keberadaan mesti diakui sebagai sesuatu yang saling berhubungan. Untuk mendapatkan kemanfaatan yang bermakna, seseorang mesti memahami sifat realiti dengan tulen. Barulah selepas itu seseorang itu berupaya memahami struktur kosmos dan jiwa manusia.

UiTM, 21 Mac 2006.





Sunday, May 08, 2005
Ranking of universities?

PENARAFAN UNIVERSITI?

 

 

Penarafan (ranking) digunakan dalam banyak keadaan oleh banyak universiti, penganalisis, penerbit dan mereka yang mempunyai minat dan kepentingan dalam soal reputasi universiti. Tujuan penarafan dibuat antara lainnya termasuklah untuk memberikan panduan, atau penerang mengenai daya saing universiti sebagai rujukan ibubapa, serta bakal calon penuntut (The Star, September 29, 2004, “Varsities: Ranking vs rating”; Nasrudin Mohammed, “Penggredan IPT: Terancamkah Kualiti” dalam Dewan ekonomi, Oktober 1999, halaman 51 dan 66); serta untuk mengetahui, dan kemudiannya mengenalpasti, jurang tertentu yang wujud antara universiti-universiti (http://ed.sjtu.edu.cn/rank/2004/Methodology.htm).

 

Dalam penarafannya untuk tahun 2004, Universiti Shanghai Jiao Tong menyenaraikan 66 universiti daripada Asia-Pasifik – termasuk 2 daripada Singapura, 4 daripada Hong Kong, 3 daripada Taiwan, 8 daripada China, 8 daripada Korea Selatan, 3 daripada India, dan 36 daripada Jepun – bagaimanapun, tidak sebuah pun universiti dari Malaysia dimasukkan dalam penganalisisan oleh universiti tersebut (untuk rujukan, sila layari: http://ed.sjtu.edu.cn/rank/2004/Methodology.htm)

 

 

Jadual 1

Kriteria Shanghai Jiao Tong

 

Kriteria

Apa yang dinilai

Pemberat

Kualiti pendidikan (Quality of Education)

Alumni institusi yang memenangi hadiah Nobel atau Pingat Bidang Kajian

 

10%

Kualiti Fakulti (Quality of Faculty)

Staf institusi yang memenangi Hadiah Nobel dan Pingat Bidang Kajian

 

20%

 

Penyelidik yang paling kerap dipetik hasil penerbitan atau penemuannya dalam 21 kategori subjek

 

 

20%

Hasil Penyelidikan (Research Output)

Artikel-artikel yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal Sains dan Persekitaran

 

20%

 

Artikel-artikel dalam rujukan indeks Sains dan Sains Sosial

 

20%

Saiz Institusi (Size of Institution)

Prestasi akademik, dilihat dari segi saiz institusi

 

10%

JUMLAH

 

100%

Disesuaikan daripada http://ed.sjtu.edu.cn/rank/2004/Methodology.htm

 

 

 

Sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 1, sepertiga daripada kesemua kriteria yang digunakan oleh Shanghai Jiao Tong University menumpu kepada hadiah dan anugerah yang pernah dimenangi oleh mana-mana universiti.

 

Shanghai Jiao Tong University menyenaraikan enam kriteria khusus dalam membuat kesimpulan mengenai universiti mana yang menduduki tempat teratas dalam kedudukan 500 universiti yang ditinjau dan dianalisis oleh universiti tersebut. Bagaimanapun, sebagaimana diakui oleh universiti itu sendiri, kualiti pendidikan tidak boleh diukur dengan tepat hanya dengan menggunakan angka sahaja. Oleh itu, soal ketepatan dan objektiviti penarafan yang disediakan itu tidaklah boleh digeneralisasi atau diterima umum sebagai betul dengan semudah itu sahaja.

 

Pada 5 November 2004 pula, The Times Higher mengeluarkan laporan “World University Rankings” yang menyenaraikan dengan terperinci 200 universiti terkemuka di dunia. Berbeza dengan apa yang dinilai oleh Shangai Jiao Tong University, The Times Higher sebaliknya memilih untuk menggunakan kriteria-kriteria yang lebih menumpu kepada “keantarabangsaan” sebagai pengukur nilai-nilai yang dianggap boleh menjadikan sesebuah universiti itu “terbaik dan terkemuka” (lihat Jadual 2).

 

Jadual 2

Kriteria The Times Higher

 

Kriteria

Apa yang dinilai

Skor

Ulasan Institusi lain (Peer Review)

1,300 akademik daripada 88 negara ditemubual. Mereka ditanya mengenai institusi terkemuka dalam bidang dan subjek tertentu.

 

 

1000

Fakulti Antarabangsa (International Faculty)

Hasil penyelidikan dengan melihat kepada jumlah petikan/rujukan terhadap ahli fakulti. Data diperolehi daripada Essential Science Indicators yang dihasilkan oleh Thomson Scientific (USA) dan dianalisis oleh Evidence Ltd, Leeds, England.

 

 

 

 

 

100

Penuntut Antarabangsa (International Students)

Keupayaan universiti untuk menarik penuntut asing

 

100

Ahli Akademik antarabangsa (Faculty/student)

Keupayaan universiti untuk menarik ahli akademik terbaik daripada mana-mana negara di dunia.

 

 

400

Rujukan (Citations)

Artikel yang dipetik/dirujuk oleh para penyelidik.

 

400

JUMLAH

 

1000.0

Disesuaikan daripada The Times Higher, “World University Rankings”, 5 November 2004

 

 

 

Di Malaysia, ura-ura untuk melaksanakan sistem penarafan mula disuarakan secara rasmi pada pertengahan Ogos 1999 apabila Menteri Pendidikan menyatakan cadangan Kerajaan untuk menggredkan institusi pendidikan tinggi menurut piawai tertentu.

 

Di tempat lain, pada ketika itu, negara-negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat sudah pun mengamalkan sistem penarafan masing-masing misalnya melalui ‘Liga Perdana’ yang mengkelompokkan universiti berdasarkan kekuatan dan keupayaan masing-masing yang dinilai oleh sebuah badan khas yang bertujuan untuk menentukan jumlah peruntukan yang akan disumbangkan oleh kerajaan kepada institusi-institusi berkenaan.

 

Penarafan melibatkan implikasi langsung kepada setiap universiti. Ini dilihat terutamanya dari segi keperluan universiti untuk menentukan aspek “suai-budaya” yang perlu digunakan untuk tujuan-tujuan penganalisisan dan membudayakan pendidikan berkualiti secara holistik dan bersepadu. Hal semacam ini memang tidak dapat dihindarkan atau diketepikan begitu sahaja kerana usaha penarafan universiti menurut ukuran mutu atau kriteria tertentu mempunyai implikasi langsung dari segi fahaman orang ramai mengenai kualiti. Dan dalam hal ini, pertimbangan-pertimbangan umum – yang ada kalanya bersifat ‘klise’ dan sama sekali tidak tepat – seperti soal untung-rugi, kekuatan-kelemahan, kebaikan-keburukan dan positif-negatif, kemudinnya menjadi rujukan mudah dalam sistem penilaian masyarakat terhadap mana-mana universiti.

 

Penarafan universiti adalah soal strategi membina reputasi sebagai cara untuk menentukan harga sesebuah universiti. Ia adalah peperangan moden yang disusun secara sedar oleh para strategis penjajahan yang menggunakan teori dan kaedah perniagaan dan pengurusan dalam setiap aspek kehidupan manusia. Pak Ungku (Profesor Diraja Ungku Aziz) sudah mengungkap perkara ini dan membuat spekulasi ini sejak bertahun-tahun dahulu. Antara lain, beliau menjangka akan tiba suatu hari apabila ibubapa akan mula berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak ke institusi tertentu berdasarkan sistem nilai yang khusus. Malah beliau turut menjangkakan ibubapa akan membuat keputusan ke sekolah mana anak-anak mereka akan dihantar untuk mendapatkan pendidikan atas perkiraan tertentu.

 

Proses perancangan pendidikan anak-anak ini akan dipengaruhi secara langsung oleh faktor-faktor seperti persekitaran (latar belakang keluarga, kewibawaan sistem dan kandungan pendidikan serta sekolah, tempat tingga kejiranan, dorongan sanak saudara, rakan dan guru), sosioekonomi (keupayaan kewangan keluarga, tahap pendidikan tertinggi ibubapa)

 

UiTM, April 2005 


Posted at 11:51 pm by Nasrudin Mohammed, UiTM
 




Sunday, April 10, 2005
Golf

I picked up golf at the age of 34. My first encounter with a golf swing was during my visit to Huddersfield, England in 1997 when, an old friend of mine, Stopa - together with Fuad and Kamil, who were then post-grad students in Bangor University, North Wales - took us for swinging lessons at a driving range (The Stadium Golf) in Huddersfield.

Golf is a fairly frustrating game. You never knew if you have actually reached to a point where you can safely claim that everything is under control or perhaps you have mastered all aspect of the game. Carded a 2 - under today would never guarantee even a par tomorrow. It is a very difficult game to master indeed. And after a long tiring 5 hours 18-hole journey, you would normally end up winning nothing except losing one or maybe more Titleist pro V balls which cost you more than RM25 each.


Posted at 07:16 pm by Nasrudin Mohammed, UiTM
 




Tuesday, April 05, 2005
Rome

June 2003. Visited Rome. "Kota Roma tidak dibina dalam sehari". Thats all I can recall. I went there alone (from KL) and joined the jumbo flight (which, include the VC, the then DVC, and the AVC) in Rome. 2 days before that I was in Germany, Stuttgart. Had a meeting session with UiTM's young lecturer scheme students who were, at that time, studying in Stuttgart University. Then, I flew to Rome.  

Fontana.



Gladiator...?


 


Nepal

Nepal May, 28th 2004.
I had the opportunity to see for myself, Kathmandu Nepal (visa no: 0124844). Together with me – on a Qatar Airliner - were Prof. Nasuddin (the Deputy Vice Chancellor for Student Affairs), Azizul (Assistant VC , Corporate Communication) and Paiza (Chief Librarian). Our mission was to accompany the university's mountaineers, Kobin (Muqharrobin) and Mad (Redzuan) who have made it to the summit a week earlier. The VC was at that time away – in Europe – on an official assignment. Hence, the four of us were playing symbolic representatives of the VC so as to celebrate the duo success.


Kobin was there, at the Kathmandu airport entrance waiting for us. After a big hug, we went straight to the guest house. Kobin's face was dark, burnt, and I could hardly recognise him had he not approached me at the airport. Anyway, Kobin looked so exausted. He was suffering from diarrhoea. So did Redzuan. Redzuan was at the guest house, too weak even for a short walk. Kobin? The moment we arrived (at the Mewa Guest House), he went straight to the washroom. Poor Kobin… I spent the following one hour or so sleeping soundly in my room.

Datuk Khalid was no outsider in the expedition. In his capacity as the National's Sports Commissioner, he was round the clock with the crew members. He is sort of a father to all team members. I can see that the students are all attached to him. They spend the time teasing each other, telling all sort of jokes, shopping (the stuffs were reasonably cheap) and dining (ah! vege biryani and kebabs) within the vicinity (by the way, through out the course, we stayed comfortably (and its cheap, so very cheap – about USD15) at the Mewa Guest House, right in the heart of kathmandu's town. I can always use the computer at the house's cybercafe on 1st floor, free of charge. Know why? Because the owner, Sathya is a very nice person indeed. So, every now and then, I spend my time sending emails to my office mates at the Chancellery – Rossni in particular, whom the VC always refer to as "the Chief VC"!

When we arrived at the guest house, Datuk Khalid was in his basahan pelikat with a t-shirt. With his high-powered voice, Datuk Khalid seems to be the person-in-charge in the house. He was indeed. He is the person people always refer to. The photograph was taken during a dinner treat hosted by the Nepal's chamber of commerce. Well, as you can see at the photographs that follow, the sherpas were all on the floor, dancing to the local tunes. And so were our boys… Well, Fauzan is very much like a sherpa here The chief sherpa.

Mad Redzuan was studying in the Faculty of Applied Sciences. He is approachable. It may be true that he doesn't talk that much, but he's attentive and focussed. He is popular among friends. In Kathmandu, Mad had to consume so much water because of the extensive loss of his body fluids due to the diarrhoea that he had suffered from. He was okay, however, the following day. And together with the rest of the team members, they went shopping for t-shirts, shoes, cds, and kukuri (nepalese dagger). And since the guest house is situated right in the busiest street of Nepal, walking is always the best option (we did try the nepal's trishaw once).

Remember Hare Rama Hare Krishna? Hindi Film, back in 1970s? I didnt know that Nepal was one of the sites that has been filmed. On our way for sight seeing, the tour guide recommends that we visit one of the kowils. "What is the significance of the kowil?" we asked. "Well, hare rama hare krishna, the hindi film which featured Rajesh Khana as the leading actor, was shot here. It is also called the monkey temple." The tour guide also said that, a scene from another hindi movie, Asoka, Shahrukh khan was the hero, was also shot here, in that area, not from the kowil.

Nepal memang unik dan menarik. Sukar hendak membayangkan tanah ini pernah membekalkan sumber tenaga manusia – dalam bentuk tentera upahan, gurkha – sewaktu di Tanah Melayu dahulu. Memang, sewaktu berada di tengah-tengah masyarakatnya di bandar Kathmandu ini, kita akan melihat rupa sebenar Nepal. Mereka peramah. Namun suasana dan 'rasa' kemiskinan' amat tebal di mana-mana di kota Kathmandu ini. Menjelang malam, kehidupan sebenar mula dirasa di kota ini. Suasana mula dihingarkan oleh suara-suara kemiskinan di mana-mana. Berada di sini, meskipun untuk 3-4 hari sudah cukup untuk menginsafkan perantau yang resah dan gundah gulana.

Kesihatan menjadi agenda utama yang dipertahankan. 'Air bersih' di sini, belum benar-benar bersih sehinggalah dimasak untuk apa tujuan sekalipun sekiranya mahu dimasukkan ke dalam perut. Dan kebiasaan di sini, air yang barangkali dianggap paling bersih dan terjamin, seperti air mineral, pun perlu dididihkan terlebih dahulu untuk mengelakkan diarrhoea. Membeli belah di sini agak mengasyikkan kerana rata-rata harga barangnya murah. Shawl, atau selendang besar, amat murah diperolehi di sini. Begitu juga dengan batu permata. Harga yang beribu-ribu di KL boleh diperolehi dalam sedikit ratusan ringgit di sini. Satu daripada sebabnya, ekonomi tidak begitu baik di sini. Kathmandu hanya destinasi untuk ke Banjaran Himalaya. Orang hanya datang untuk mendaki gunung, bukannya melawat tempat lain. Selain itu, suasana politiknya tidak stabil. Demonstrasi dan tembak-menembak berlaku dengan kerap. Sebahagian daripadanya angkara komunis, Mao.

The Summiteers Club
.  Although many people have been admitted to this club, not many have been privileged to observe the most significant aspect of Kathmandu: the Summiteers Club. We had our dinner there. Both Kobin and Mad have their signature sealed on the wall. As I lay down my note book, I gaze at the photographs. Whenever I reflect on the manner in which Kobin and Mad rules their lives, it appears to me as the fulfilment of every promise which both of them have held out and left open for our children.

Well done, boys.

 Nepal,
May 28-30, 2004





 

Visit nasrudinuitm.blogspot.com & nasrudinsalam.blogspot.com


   





 




 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed